Monday 20 June 2011

Scammer dari MUDAH.MY >> Part 1

Salam,

Sesiapa telah menjadi mangsa penipuan kedua2 syaitan ini sila email kepada saya maklumat penipuan. Sertakan laporan polis untuk saya kumpulkan agar memudahkan kita Follow-up dengan pihak polis dan BNM.

Insyaallah kita cuba buat perjumpaan dalam masa terdekat, dan segala cadangan amatlah di alukan. Semoga kita beroleh kemenangan.

Sila email kepada : antiscammer_2010@yahoo.com.my


Gambar sipenipu



Salam, maklumat terkini..

Penipu Betina : Norfarahzeanty Binti Idris K/P:870103305050
Penipu Jantan : Mazrin Bin Abd Aziz K/P:760201045283

No akaun Mazrin : CIMB 12830000117207

FYI...Mamat ini telah menjual hartanah yang sama kepada juga SAHABAT kita di CG.
Jumlah penipuan melibatkan yang melibatkan sipenipu ni tak berapa banyak hanya RM48K transaksi dibuat di CIMB Bank. Apa yang menarik sahabat kita yang dah terkena dapat kunci rumah setelah membuat bayaran dan dimaklumkan LOAN bank diuruskan oleh sipenipu ini.


Salam, semua..saya ingin berkongsi dengan kawan2 berkenaan penipuan yang berlaku pada diri saya sendiri.
Minta bantuan kepada kawan2 semua untuk membantu saya dan pihak polis memberkas orang2 yg terlibat dalam penipuan ini.
Orang yang terlibat seorang lelaki dan seorang perempuan.
Berdasarkan transaksi Bank yang luar biasa, ia melibatkan ramai orang yang telah ditipu.

Laporan polis telah saya buat.

Kepada sesiapa yang boleh membantu memberi apa jua maklumat harap postkan dalam forum ini. Jasabaik kawan2 semua amat saya hargai. Maklumat yang saya perlukan ialah alamt kampung @ kedua ibubapanya, alamat bekerja, alamat sebenar tempat tinggal skrg, dpt gambar lagi bagus atau sebagainya.

NAMA PENIPU : NORFARAHZEANTY BINTI IDRIS
NO KAD PENGENALAN :870103-30-5050
ALAMAT :142-2 Block 5 Flat Seri Labuan, Cheras KL
NO AKAUN MAYBANK: 164025943267
NO AKAUN RHB : 1050 88000 53010
NO KERETA : WSK2446

KRONOLOGI
17-09-2010 : Saya membaca iklan di Internet diportal http://www.mudah.my berkenaan sebuah rumah untuk dijual beralamat No 1, Jalan K/P 2/18, Taman Kota Perdana, Bandar Putera Permai, 43300 Serdang, Selangor. No tel 010-4230639 Kamarun Zaman.

18-09-2010: Saya telah menghubungi No tel 010-4230639 yang memperkenalkan dirinya sebagai Kamarunzaman. Saya bertanya berkenaan rumah tersebut dan pergi melihat rumah tersebut di alamat di atas tanpa kehadiran tuan rumah. Tuan rumah tidak dapat hadir kerana berada di Jelebu Negeri Sembilan.

18-09-2010: Setelah saya melihat rumah dari luar, saya di hubungi oleh Kamarun Zaman dan memaklumkan bahawa jika berminat dia meminta saya mendepositkan ke akaun isterinya di RHB no akaun 1050 88000 53010 bernama Norfarahzeanty Binti Idris.

18-09-2010: Selepas melihat rumah saya pulang ke kampung di Johor, Sampai di Johor saya telah menghubungi Kamarun Zaman dan mendepositkan wang sebanyak RM1000.00 di RHB Bank Johor, sebagai duit pendahuluan ke akaun isterinya di RHB no akaun 1050 88000 53010 bernama Norfarahzeanty Binti Idris.

19-09-2010: Kamarun Zaman telah menghubungi saya dan memaklumkan dia telah email kepada saya surat perjanjian jual beli rumah, salinan geran dan kad pengenalan Kamarun Zaman Bin Abbas no K/P 550814-10-5829 meminta saya menjelaskan baki deposit 5% untuk kegunaannya dengan segera.

20-09-2010: Kamrun Zaman dan anak perempuannya kerap sms dan menghubungi saya meminta saya membayar baki deposit 5% kerana dia amat memerlukan wang untuk perubatan kakaknya di Pahang. Saya enggan mendeposit tetapi dia berjanji akan berjumpa dengan saya setelah pulang dari Pahang. Saya telah mendepositkan sekali lagi di RHB Bangunan KWSP sebanyak RM1000.00 ke akaun isterinya di RHB no akaun 1050 88000 53010 bernama Norfarahzeanty Binti Idris.

21-09-2010: Kamrun Zaman dan anak perempuannya kerap sms dan menghubungi lagi dan merayu kepada saya agar membayar baki deposit 5% sepenuhnya kerana dia masih memerlukan wang untuk perubatan kakaknya di Pahang. Saya telah mendepositkan sekali lagi di RHB Bangunan KWSP sebanyak RM3000.00 ke akaun isterinya di RHB no akaun 1050 88000 53010 bernama Norfarahzeanty Binti Idris.
Selepas memasukkan wang setakat deposit sebanyak RM5000.00 Kamrun Zaman dan anak perempuannya masih kerap sms dan menghubungi saya melalui telefon meminta baki deposit 5%. Saya enggan memasukkan wang sehinggalah saya dapat berjumpa dengannya. Saya meminta maklumat peguamnya tetapi berbagai-bagai alasan diberi. Dia hanya memberi no telefon peguamnya bernama Azhar no telefon 016-9926140. Saya telah menghubungi peguamnya dan peguamnya enggan bekerjasama dan hanya meminta saya membayar baki 5% kepada Kamarun Zaman barulah dia akan memberi maklumat kepada saya.

29-09-2010: Saya telah membuat temu janji untuk berjumpa Kamarun Zaman di rumah Kota Perdana. Kamarun Zaman memaklumkan dia tidak dapat hadir kerana kurang sihat.
04-10-2010: Saya menghubungi Kamarun Zaman memaklumkan pinjaman saya telah lulus oleh Bank. Dia memaksa saya menjelaskan baki deposit 5% sebelum dia arahkan peguamnya menyediakan dokumen S&P.

05-10-2010: Saya menghubungi Kamarun Zaman ingin berjumpa dengannya, tetapi dia meminta saya mendeposit ke akaun isterinya di Maybank no akaun 164025943267 bernama Norfarahzeanty Binti Idris sebanyak RM4000.00 barulah dia bersetuju jumpa saya di Kota Perdana jam 8.00 malam .
05-10-2010: Saya telah memasukkan wang sebanyak RM4000.00 di akaun Maybank no akaun 164025943267 bernama Norfarahzeanty Binti Idris sebanyak RM4000.00.

05-10-2010: Saya telah pergi ke Kota Perdana jam 8.00 malam, dalam perjalanan saya menerima SMS dari Kamarun Zaman dia tidak dapat hadir kerana kakaknya meninggal dunia di Pahang.

06-10-2010: Kamarun Zaman telah sms saya meminta saya lagi baki deposit RM2900.00 .

06-10-2010: Saya pergi berjumpa dengan peguam XXXXXX dari firma XXXXXXX, meminta pandangan beliau. Beliau adalah peguam panel pinjaman Bank. Beliau berjanji untuk membuat carian hak milik di pejabat tanah.
08-10-2010: Saya menghubungi seorang kawan di bank. Saya dimaklumkan bahawa akaun Norfarahzeanty Binti Idris No K/P 870103-30-5050 beralamat 142-2 Block 5 Flat Seri Labuan, Cheras KL. Saya berpendapat adalah mustahil isteri Kamarun Zaman berumur 23 Tahun. Transaksi di RHB adalah banyak dan mencurigakan.

09-10-2010: Saya dihubungi oleh peguam XXXXXX , beliau memaklumkan carian hak milik adalah kepunyaan Persatuan Pesara dan Kakitangan Jabatan Perhutanan Selangor bukannya milik Kamarun Zaman seperti dokumen yang saya perolehi sebelum ini.

09-10-2010: Saya menghubungi Kamarun Zaman dan memaklumkan bagi deposit akan di uruskan oleh pihak peguam saya.
Setakat ini Kamarun Zaman & anaknya masih belum tahu, bahawa penipuannya telah diketahui oleh saya dan peguam saya.
Saya ingin membuat laporan Polis bagi meminta pihak Polis menguruskan pembayaran baki deposit RM2900.00 kepada Kamrun Zaman dan anaknya agar meraka tertangkap dan dihadapkan ke muka pengadilan kerana saya yakin banyak telah menjadi mangsa penipuan mereka berpandukan kepada transaksi harian akaun meraka di Bank.

Sumber: >>Click Here<<

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Tags

Site Info

Site Meter

BlogCatalog dreamhost promo code

Followers

Berita-4u Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template